RM25 Free Credit for Registered Member!! Register Now!
Cart 0
KENALI "PAKEJ PERCUTIAN SABAH"

Sejak tahun 18/Disember/2015, "Pakej Percutian Sabah" telah komited menguruskan jadual perjalanan para pelancong dengan menawarkan dan memberikan servis yang terbaik dan servis yang berkualiti. Kami akan sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa bermutu dan melepasi tahap kepuasan para pelancong. Selain itu, kami sentiasa memastikan keperluan perjalanan para pelancong dapat dipenuhi sebelum memulakan jadual perjalanan.

Kami adalah sebuah syarikat pelancongan dalam negeri Sabah yang memiliki pekerja yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi, terlatih, berintegriti, berdedikasi, jujur dan amanah dan mahir dalam mengurus khidmat pelanggan. Kami juga sentiasa konsisten dalam mengurus jadual secara harian ataupun mengikut pakej-pakej yang ditawarkan kepada para pelancong.

Selain itu, kami juga mempunyai rantaian hubungan yang baik dengan syarikat-syarikat pelancongan dalam negeri Sabah dan luar negeri Sabah sebagai cara dalam membentuk perkongsian ilmu yang membolehkan kami memberikan faedah servis yang terbaik kepada para pelancong di masa akan datang.

Kemahiran para pekerja dalaman juga amat diutamakan untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan daya saing di antara pekerja di dalam kerjaya kerana kerajinan dan semangat kerja yang tinggi boleh membantu syarikat mencapai kejayaan di dalam perancangan plan syarikat.

MISI "PAKEJ PERCUTIANS SABAH"

"Untuk memberikan pengalaman perjalanan berkualiti-tinggi kepada pelanggan kami di dalam semua segmen pasaran"


VISI "PAKEJ PERCUTIAN SABAH"

"Menjadi agensi pelancongan terkemuka di Sabah dengan menjaga dan menjalinkan hubungan yang baik dengan para pelanggan untuk jangka masa panjang dan utamakan cadangan para pelanggan kerana ia adalah alat pemasaran yang utama dalam menentukan mutu perkhidmatan"


KEUTAMAAN "PAKEJ PERCUTIAN SABAH"
Kemahiran KamiMempunyai reputasi  dan review yang sangat baik dari dalam perkhidmatan, kualiti dan nilai melalui penyelidikan yang luas dan disokong oleh pengalaman dalam sektor pelancongan.
Perkhidmatan KamiKhidmat pelanggan yang mahir dan memahami keperluan dan kehendak para pelanggan. Pendekatan kreatif untuk mencari pengaturan perjalanan yang paling sesuai dan mengenal pasti nilai terbaik.

Kami bangga dengan kepuasan pelanggan. Sebilangan besar tempahan kami adalah dari pelanggan yang berulang sementara banyak perniagaan baru kami adalah dari cadangan pelanggan yang sedia ada.
Nilai KamiKami bukan sahaja menawarkan harga yang kompetitif kepada pelanggan kami, tetapi kami juga dapat menyampaikan harga yang sangat kompetitif dan peluang maksimum untuk pilihan dan fleksibiliti.