RM25 Free Credit for Registered Member!! Register Now!
Cart 0
SELAMAT DATANG KE LAMAN PAKEJ PERCUTIAN SABAH!

KENALI BUMI SABAH

Sabah atau lebih di kenali dengan nama "Negeri di bawah Bayu" merupakan salah satu negeri-negeri di dalam Malaysia yang terletak di bahagian utara Pulau Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar selepas negeri Sarawak. 

Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang dulunya di kenali sebagai Jesselton. Negeri ini juga bersempadan tanah dengan negeri Sarawak "Bumi Kenyalang", Brunei Darrusalam dan wilayah Kalimatan di Indonesia. Sabah juga mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai hutan hujan tropika dan kepelbagaian spesis hidupan haiwan dan tumbuhan. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun

Penduduk negeri ini terdiri dari berbagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antaranya ialah Kadazandusun, Bajau, Melayu Brunei, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Suluk dan lain-lain.

mpg_sabah.gif

Photo Kredit: http://www.sabahtravelguide.com


SEKTOR PELANCONGAN DI SABAH

Sektor pelancongan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Sabah dan dijangkakan bahawa jumlah itu akan terus meningkat berikutan pelbagai aktiviti dan promosi yang diadakan oleh kerajaan negeri dan lembaga pelancongan negara. Selain itu, faktor kestabilan dan keselamatan negeri ini juga telah menjadikannya sebagai salah satu destinasi yang dipilih oleh para pelancong. Antara destinasi yang menjadi tarikan utama pelancong adalah seperti Kolam air panas Poring, Tanjung Simpang Mengayau, Taman Pertanian Sabah, Taman Hutan Hujan Sandakan, Gunung Kinabalu, Lembah Danum, Sungai Padas, Pulau Sipadan, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Long Pasia, Taman Pulau Penyu, Monyet Proboscis dan pelbagai tarikan lagi.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sabah