RM25 Free Credit for Registered Member!! Register Now!
Cart 0
SYARAT PERKHIDMATAN (TERMS OF SERVICE)

"Peserta/Pelanggan/Pelancong" disifatkan telah membaca, memahami dan menerima "Syarat Perkhidmatan" berikut. "Pakej Percutian Sabah" bertindak sebagai Ejen Pelancongan disebut sebagai "Penganjur".


RATE/HARGA

  1. Harga tertakluk pada paparan harga dari dan sehingga 31 Disember 2018. 
  2. Harga tertakluk dan dikira dalam nilai Ringgit Malaysia (RM/MYR) dan tidak berkonsep komisen.
  3. Harga ini di kira sah semasa pembayaran melalui: Bayaran Offine (Sebut Harga) dan / atau Bayaran Online (Web e-Commerce).

DEPOSIT DAN TEMPAHAN

  1. Tempahan Online (Web e-Commerce) - Anda mesti membayar jumlah keseluruhan harga tempahan semasa tempahan dibuat dan layak menerima RM150.00 (per group) Tunai Baucer. Makluman, sila tuntut Tunai Baucer pada hari akhir / tamat jadual perjalanan anda.
  2. Tempahan Offline (Sebut harga) - Anda mesti membayar deposit minima 30% dari harga jumlah keseluruhan tempahan. Deposit mesti dibayar semasa tempahan dan baki bayaran mesti dibayar sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh jadual perjalanan bermula.
  3. Nama pelanggan adalah berdasarkan borang pendaftaran. Oleh itu, ia adalah tanggungjawab pelanggan untuk memastikan tidak ada kesilapan berlaku.
  4. Bayaran tempahan berdasarkan kepada tunai dan perbankan internet sahaja.
  5. Harga yang ditunjukkan di laman web ini hanya untuk tempahan dalam talian sahaja dan mungkin berbeza dari harga di dalam kaunter jualan.
  6. Penganjur berhak untuk membuat pindaan kepada harga dalam talian tanpa notis terlebih dahulu, walaupun selepas deposit telah dibayar.

JADUAL PERJALANAN DAN HIDANGAN

  1. Hidangan, pengangkutan persiaran dan program lain adalah seperti yang ditetapkan dalam jadual perjalanan.
  2. Penganjur berhak untuk mengubahsuai, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu, jadual perjalanan, urusan perjalanan dan penginapan hotel, atau menarik balik perkhidmatan jika terdapat keadaan yang tidak dapat di duga.
  3. Maklumat dalam jadual perjalanan adalah betul dan dari semasa percetakan dan pihak penganjur tidak dapat menjamin bahawa item atau kemudahan yang dinyatakan bersifat tetap, terutamanya apabila penganjur tidak mempunyai kawalan langsung ke atas kelewatan atau perubahan dalam apa-apa perkhidmatan pengangkutan, kemalangan, penyakit, cuaca, kematian, serangan, peperangan, kuarantin, atau sebab-sebab lain.

PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN 

  1. Penginapan (hotel) berdasarkan bilik jenis "Twin Sharing" dan "Triple Sharing". Kanak-kanak yang telah dikenakan bayaran, mesti disediakan katil berasingan dari ahli dewasa. Bayi yang tidak dikenakan bayaran tidak akan disediakan katil.
  2. Penginapan (homestay) berdasarkan "Unit Rumah" dan bilik tertakluk pada jumlah 2 bilik atau 3 bilik setiap unit bergantung pada jumlah ahli yang membuat tempahan.
  3. Penganjur hanya bertindak sebagai ejen untuk Syarikat Pengangkutan dan Syarikat Penginapan. Bayaran yang telah dibuat tertakluk kepada terma di mana perkhidmatan ini disediakan.
  4. Lawatan itu akan dikendalikan menggunakan kenderaan berjenis sekurang-kurangnya MPV, Van dan Bas Persiaran bagi pengangkutan darat dan Bot Laju bagi pengangkutan laut.

INSURANS PERJALANAN

  1. Semua pelanggan disyorkan untuk membeli insurans perjalanan persendirian (Personal Travel Insurance) dari ejen insurans yang sah dan berdaftar sahaja. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan dan semua tuntutan dirujuk kepada syarikat insurans.
  2. Apa-apa kerosakan atau kehilangan bagasi dan barang peribadi yang berharga atau kemalangan adalah tanggungjawab ahli-ahli pelancongan atau pelanggan. Oleh itu, ahli pelancongan atau pelanggan digalakkan untuk membeli insurans perjalanan persendirian.

PIHAK PENGANJUR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA MANA-MANA PESERTA AKIBAT DARIPADA BERIKUT:-

  1. Ketidaktepatan masa pelanggan, keterangan salah dari pelanggan tanpa memberitahu penganjur lebih awal atau perubahan pada mana-mana lawatan dan jadual perjalanan pelanggan sendiri.
  2. Perbelanjaan tambahan disebabkan kelewatan atau perubahan dalam apa-apa perkhidmatan pengangkutan, kemalangan, penyakit, cuaca, kematian, serangan, peperangan, kuarantin, atau sebab-sebab lain.
  3. Lanjutan hari penginapan dan pengaturan penerbangan yang tidak dapat disahkan.
  4. Pengusiran atau penolakan ke atas pelanggan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang-barang yang menyalahi undang-undang, dokumen perjalanan yang tidak sah atau tingkah laku dan aktiviti yang dianggap sebagai mengancam kerajaan Malaysia.
  5. Pelanggan yang bermasalah dan perbuatan dan kelakuannya dianggap tidak munasabah dan memudaratkan keseronokan, minat, kesejahteraan dan keselamatan pelanggan yang lain atau menjejaskan perjalanan jadual yang akan diuruskan oleh pemandu pelancongan. Penganjur berhak mengarahkan pelanggan yang bermasalah ini untuk meninggalkan lawatan dan keputusannya dalam hal ini adalah muktamad. Pihak penganjur tidak akan membuat bayaran balik untuk mana-mana bahagian pelancongan yang belum selesai.
  6. Sila ambil perhatian bahawa penganjur TIDAK menyediakan kakitangan profesional untuk menyediakan keperluan dan / atau keperluan individu kurang upaya / cacat (termasuk kurang upaya penglihatan, pertuturan, pendengaran, kecacatan mobiliti) dan lain-lain setaraf. Pihak penganjur menggesa semua ahli pelancongan yang dimaksudkan untuk melengkapkan diri mereka dengan semua penjagaan khas dan / atau keperluan yang mereka perlukan. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk ini dengan apa jua cara.