RM25 Free Credit for Registered Member!! Register Now!
Cart 0
SOAL JAWAP (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS)

Soalan-soalan lazim (FAQ); berikut adalah soalan-soalan lazim yang boleh dirujuk untuk panduan anda. Sila hubungi pihak khidmat pelanggan kami jika memerlukan bantuan pertanyaan yang lain. Pakej Percutian Sabah sedia membantu anda.

SOALAN
JAWAPAN
Adakah harga tempahan pakej termasuk dengan harga tiket penerbangan?Tidak, harga tempahan tertakluk pada perkhidmatan yang dinyatakan di dalam pakej yang ditempah sahaja.
Jam berapa (masa) waktu yang sesuai untuk masa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI/KKIA)?Sebaiknya, masa yang sesuai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum jam 11:00am (Arrival Time).
Jam berapa (masa) waktu yang sesuai untuk masa penerbangan / pelepasan dari Lapangan Terbang Antarabang Kota Kinabalu (BKI/KKIA)?Sebaiknya selepas waktu hotel check-out 11:00am atau selepas jam 05:00pm untuk memenuhi jadual terakhir seperti Kota Kinabalu City Tour dan lain - lain lagi. (Rujuk jadual anda).
Jika masa penerbangan pelepasan dari Lapangan Terbang Antarabangsa (BKI ke destinasi) ditukar ke waktu malam, adakah charge tambahan dikenakan dalam hari yang sama? Tidak, pemandu kami akan memastikan pelancong akan di hantar 2 jam sebelum masa penerbangan (waktu check-in airport). 
Adakah insurans perjalanan (Travel Insurance) disediakan?Tidak, kami tidak menyediakan insurans perjalanan (Travel Insurance) dan pelancong disyorkan membeli insurans perjalanan dari ejen insurans yang sah dan berdaftar. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan. (Rujuk link Syarat Perkhidmatan).
Adalah perkhidmatan ini mesra OKU / warga emas?Sebaiknya, jika terdapat ahli yang mempunyai masalah kesihatan, OKU dan warga emas dinasihati mengikuti / menempah "Private Tour" bagi memudahkan pihak kami mengubahsuai masa yang besesuaian dengan kumpulan peserta.
Berapakah minima ahli untuk menyertai Pakej Family "Private Tour"? Sekurang-kurangnya 4 orang ahli dewasa untuk pakej "4D3N" dan 6 orang ahli dewasa untuk pakej "5D4N".
Berapakah minima ahli untuk menyertai pakej yang bukan Pakej Family?Sekurang-kurangnya 2 orang ahli dewasa. 
Apakah syarat untuk polisi bayaran semula?Polisi bayaran balik tertakluk pada polisi yang telah ditetapkan. Penerangan selanjutnya sila klik berikut. (http://www.pakejpercutiansabah.com/pages/dasar-bayaran-balik)
Adakah pakej yang disediakan termasuk pengambilan pelancong dari airport?
Ya, pakej yang disediakan adalah termasuk pengambilan pelancong dari airport untuk pakej (2h1m,3h2m,4h3m dan 5h4m). Bagi pakej harian pula, pengambilan pelancong  dari airport adalah mengikut budi bicara pihak pengurusan.
Adakah pakej yang disediakan termasuk penghantaran pelancong ke airport?
Ya, pakej yang disediakan adalah termasuk penghantaran pelancong dari airport untuk pakej (2h1m,3h2m,4h3m dan 5h4m). Bagi pakej harian penghantaran pelancong ke airport adalah mengikut budi bicara pihak pengurusan.
Apakah jenis penginapan yang disediakan oleh pihak anda?
Jenis penginapan yang kami sediakan adalah jenis Hotel dan juga Rumah Penginapan (Homestay).
Bolehkah saya dapatkan gambar-gambar penginapan?
Gambar-Gambar penginapan anda boleh lihat di galeri (http://www.pakejpercutiansabah.com/pages/kundasang-tour-galeri-)
Adakah pakej yang ditawarkan ini adalah trip Persendirian (private trip)?
Ya, pakej yg kami tawarkan ini adalah trip persendirian (private trip) sama ada pakej bermalam mahupun pakej harian. (Kecuali pakej berkumpulan- join group).
Apakah barangan yang perlu dibawa semasa pakej ini berjalan?
Anda diharuskan memakai pakaian tebal semasa berada di kundasang dan dinasihati memakai kasut kerana tanahnya yang berbukit.Juga diharuskan supaya anda membawa ubat ubatan untuk langkah berjaga-jaga.