RM25 Free Credit for Registered Member!! Register Now!
Cart 0
DASAR BAYARAN BALIK (REFUND POLICY)

"Peserta/Pelanggan/Pelancong" disifatkan telah membaca, memahami dan menerima "Dasar Bayaran Balik" berikut. "Pakej Percutian Sabah" bertindak sebagai Ejen Pelancongan disebut sebagai "Penganjur".


  1. Pembatalan / Pindaan (tiada bayaran tambahan); "Pelancong" mesti memberi notis awal / pemberitahuan kepada "Penganjur" tidak kurang dari 14 hari bekerja sebelum tarikh ketibaan bagi memudahkan proses dasar bayaran balik yang sah.
  2. Pembatalan / Pindaan (50% tambahan bayaran dari jumlah tempahan); akan dikenakan ke atas "Pelancong"yang memberi notis kurang dari 14 hari bekerja sebelum tarikh ketibaan.
  3. Pembatalan Langsung (tiada bayaran balik dari jumlah tempahan); akan dikenakan ke atas "Pelancong" yang memberi notis kurang dari 7 hari bekerja sebelum tarikh ketibaan.
  4. Terlepas waktu penerbangan (tiada bayaran balik dari jumlah tempahan); "Pelancong"akan bertanggungjawap sepenuhnya atas kecuaian dan "Penganjur" berhak untuk tidak memulangkan jumlah bayaran yang telah dibuat.
  5. Pembatalan / Pindaan ke atas Pengangkutan dan Syarikat Penginapan (tiada bayaran balik dari jumlah tempahan); akan dikenakan ke atas "Pelancong" sepenuhnya. "Penganjur" hanya bertindak sebagai ejen kepada Syarikat Pengangkutan dan Syarikat Penginapan; bayaran yang telah dibuat ke atas Syarikat Pengangkutan dan Syarikat Penginapan adalah tertakluk kepada terma di mana perkhidmatan ini disediakan.
  6. Tiada bayaran balik atau pengurangan harga tiket lawatan; akan dibuat untuk non-utilization perkhidmatan dan tiket tempat lawatan yang tidak dapat dipenuhi atas faktor seperti kelewatan atau perubahan dalam apa-apa perkhidmatan pengangkutan, kemalangan, penyakit, cuaca, kematian, serangan, peperangan, kuarantin, atau sebab-sebab lain.